• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Pengalaman Manis Bersama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat Arib untuk menjejakkan kaki di Kolej Islam Sultan Alam Shah ni. Sebuah pengalaman yang menarik untuk dikenang sampai bila-bila, hoho. Nak tahu lebih lanjut? Klik 'read more' yea!


Korang mesti pernah dengar kan Kolej Islam Sultan Alam Shah atau lebih dikenali sebagai KISAS ni. Kalau student Kelas Aliran Agama (KAA), hahh, inilah tempat idaman diorang lepas PMR. Tapi nak dapat masuk sini bukannya senang yea. Dapat 9A pun tak tentu lagi dapat masuk atau tak sebabnya KISAS ni setiap tahun menjadi tempat yang paling banyak permohonannya. Yeap, Arib antara pelajar KAA yang tak dapat nak masuk ke sini, huhu. Takpelah, maybe ada hikmah kowt. So harini, dapat lah jugak Arib menjejakkan kaki di bumi KISAS yang menjadi tempat idaman pelajar KAA ni, hehe.

Wait wait. Macam mana Arib boleh sampai ke sini? Okay, ceritanya bermula masa Arib dekat Asrama Kompleks Seri Bintang time SPM. Hari Ahad bersamaan 27 November 2011 yang lalu, masa tu malam tak silap, salah seorang rakan kenalan Facebook Arib yang belajar di KISAS telefon lah Arib masa malam tuu. Dia telefon sebab nak Arib datang ke sana. Ya Allah, syukur tak terhingga, dapat jugak nak ke sana. Apa lagi, terus tengok kalendar untuk tengok hari apa yang free, tup tup, Arib memilih tarikh 5 Disember 2011 sebab hari tu jea lah hari yang free untuk Arib.

Okay, pada perjalanan Arib harini, Arib memilih pengangkutan tren untuk ke Klang. Seawal pukul 11.30 pagi, Arib keluar dari rumah dan menuju ke stesen LRT Maluri. Pada pukul 11.50 pagi, Arib tiba di stesen Bank Negara. Sampai-sampai jea, beli tiket KTM Komuter, dan Alhamdulillah, turun jea ke platform, tren menuju ke Perlabuhan Klang dah sampai, whoaaa. FYI, perjalanan KTM Komuter dari Bank Negara untuk ke Klang lebih kurang satu jam. First time naik KTM Komuter pergi ke Klang ni. Pada pukul 12.50 tengah hari, yeah, akhirnya tiba jugak di Klang, woohoo!

Sampai di Klang, bukaklah GPS dekat Nokia N82 ni. Ovi Maps mengatakan Arib akan berjalan sepanjang 1.1 KM untuk ke KISAS. Haha, kat stesen Klang tuu ada jea kemudahan teksi tapi nak saving punya pasal, jalan kaki lebih baik, hehe. Dengan keizinan Allah dan bantuan GPS dari Ovi Maps, pada pukul 1.30 petang, akhirnya sampai jugak Arib menjejaki Kolej Islam ni, Alhamdulillah Ya Allah! Hahh, before sampai di KISAS, Arib sempat singgah di Masjid Di-Raja untuk menunaikan solat Zohor. Yeap, masjid tu hanya beberapa meter dari KISAS. Besar masjid ni ;)


Selepas solat Zohor, Arib sambung perjalanan menuju ke KISAS. Sampai-sampai jea di sana, Kareem iaitu kawan Arib yang menelefon Arib masa hari Ahad haritu menjemput Arib dekat pintu pagar asrama. Pada masa tuu, kami bersalam sunnah dan Kareem terus membawa Arib ke dorm yang dia tinggal sekarang ni. Setibanya Arib di dorm asrama ASPURA tuu, woohoo, dorm betul-betul style kolej lahh! Dalam satu dorm ditempatkan dua hingga empat orang jea. Pada masa tu jugak, Kareem memperkenalkan Arib dengan Ketua Umum di KISAS. Dia sangat cool yaww! Masa kat dorm tuu, sempatlah jugak share mengenai subjek pelajaran yang diambil dekat sekolah. Kareem tak menyangka Arib pun ambil Bahasa Arab Tinggi jugak. Lantas, dia mengajak Arib ke dewan kuliah untuk mengikuti kelas Bahasa Arab Tinggi. Segannya.


Pada pukul 1.50 petang, Arib tiba di Dewan Kuliah Ulul Albab. Ya Allah, serius rasa segan ya amat masa tuu. Masuk-masuk jea dah ramai kat dalam tuu. Nasib baik perempuan asing kat sebelah sana. Fuhhh, memang ramai kowt dalam tuu. Ada yang sampai duduk kat tangga. Tak lama macam tuu, ustaz yang mengajar Arab Tinggi memulakan kelas beliau. Untuk kelas harini, ustaz tuu berbincang jawapan mengenai latihan yang disediakan dalam modul. Syukur sangat dapat ikut kelas ni. Banyak jugak tajuk yang direfresh balik dalam minda Arib ni. Hahh, sepanjang sesi kelas tuu, ustaz tu ada menayangkan video pada waktu selingan. Ada laa dalam tiga empat kali video yang ditayang sebab nak hilangkan mengantuk para pelajar. Antara video yang ditayangkan, Arib tertarik dengan satu video ni ;)


Pada pukul 4.15 petang, tamatlah sudah kelas Bahasa Arab Tinggi dekat Dewan Kuliah tuu. Seriously I missed it! Banyak yang Arib belajar dalam tuu. Oh yea, before beredar, sempatlah jugak Arib bergambar dengan student-student KISAS yang sangat-sangat sporting nihh, hehehe.


Selepas sesi kuliah, Kareem membawa Arib bersiar-siar mengelilingi kawasan sekolah dan asrama. Masa tuu, Arib terjumpa dengan Firdaus Johari, salah seorang classmate Arib masa Tingkatan 3 dekat SMK Segambut Jaya dulu. Rakan seperjuangan dalam pertandingan berbahasa :')


Okay, Arib dibawa oleh Kareem ke lokasi kawasan sekolah. Kareem menerangkan satu per satu lokasi yang berada di situ. Dah macam tourist guide lah pulak si Kareem ni, haha.


Kantin KISAS.



Tempat Public Speaking, woohoo!


Dewan Besar. Dekat sinilah peperiksaan dijalankan.


Bangunan sekolah ;)

Kat bawah ni pulak gambar Arib yang belakangnya pejabat sekolah. Apa yang telah diberitahu oleh Kareem, asalnya pejabat sekolah KISAS ni adalah sebuah Balairong Seri raja, wowww!


Selepas 10 minit bersiar-siar di kawasan sekolah, azan asar berkumandang. Apa lagi, terus kami menuju ke kawasan asrama. Hahh, kalau korang nak tau, asrama lelaki dan perempuan dekat KISAS ni dipisahkan sangat jauh sekali. Asrama perempuan dan sekolah terletak dalam satu kawasan dan asrama lelaki terletak di seberang jalan. Laluan antara kedua-dua kawasan tuu dihubungkan melalui jejantas kuning di bawah.



Yeah, sampai jugak di kawasan asrama. Surau lelaki terletak di bawah blok bangunan asrama. Keluasannya boleh tahan. Dengan bilangan lelaki seramai beratus-ratus tuu rasanya muat surau tuu.


Selepas solat Asar, seperti mana yang berlaku di Asrama Kompleks Seri Bintang dan Asrama SMK Segambut Jaya, ada sesi bacaan Al-Mathurat. Apa yang unik sikit kat sini, ayat-ayat Al-Mathurat yang diedarkan hanya dalam satu kertas A4 yang telah dilaminate. Ini sangat berbeza dengan AKSB dan Asrama SEJAYA yang menggunakan Al-Mathurat yang telah dibukukan.

Selepas bacaan Al-Mathurat tersebut, sesi petang selepas solat Asar diteruskan lagi dengan program Usrah Umum. Pada petang tuu ada seorang wakil pelajar KISAS telah membentangkan topik usrah yang menekankan kepentingan amal jamaie dalam politik. Seriously Arib suka cara student KISAS ni menyampaikan topik tersebut.


Dia banyak beri pendorong bagaimana nak meningkatkan mutu parti politik dalam negara ni. Apa yang Arib suka, student KISAS ni kalau dengar topik perbincangan politik, mereka sangat open minded. Ceritalah mengenai UMNO kea, PAS kea, mereka takde nak berpihak kat mana-mana. Masa Usrah Umum tuu, pelajar yang menyampaikan topik tersebut banyak membicarakan tentang UMNO. Dia menceritakan UMNO kini sudah mula berubah dan dia juga mahu UMNO ikut bagaimana PAS menjalankan politik mereka. Yeah, macam ni lah Arib nak. Ini kalau cerita UMNO sikit, boikot. Cerita pasal PAS sikit, boikot. Ntah apa-apa ntah. So ikutlah macam student KISAS ni buat, buka fikiran kalau nak berpolitik ni yea (:

Sebelum pulang, Kareem sempat membawa Arib menjenguk dewan makan ASPURA. Dewan makannya sangat bersih. Bila tengok dewan makan KISAS ni, teringat dewan makan dekat Asrama SMK Segambut Jaya, ada iras-iras sikit :')


Sebelum pulang juga, perkara yang tidak disangka-sangka, Kareem memberikan sweater KISAS-nya kepada Arib. Ya Allah, terharu kowt masa tuu. Dah lah bagi sweater. Benda berharga kowt.


Pada pukul 5.30 petang, maka beredarlah Arib dari kawasan KISAS. Woww, kejapnya masa berlalu. Apapun, pengalaman yang Arib dapat harini sangat bermakna. Dapat belajar BAT bersama-sama, solat sama-sama, dengar usrah umum bersama-sama dengan pelajar KISAS ni merupakan satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan. Mereka sangat peramah dan sporting bila berjumpa dengan Arib. Baik sangat-sangat student KISAS ni. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Kareem kerana telah banyak membantu Arib sepanjang Arib berada di KISAS harini. Semoga Allah merahmati usahamu ya Kareem!


Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan harini . Rasanya harini semua berlalu dengan lancar. Tren LRT & KTM sampai awal, tiba di KISAS pada masa yang dijanjikan, tiba di dewan kuliah tepat pada waktunya, tiba di rumah on time, syukur sangat-sangat (:

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top