• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Berbuka di Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Wahaha, apa khabar semua! Ehee, minggu ni balik lagi. Best betul bulan puasa ni, every week balik rumah jeww. Oh yea, kalau dah minggu balik ni, tak sah lah Arib tak keluar pergi jalan-jalan. Nak tahu lebih lanjut? Klik 'read more' untuk selanjutnya !


Okay, minggu ni kawan-kawan kat SBU memang dah rancang nak berbuka kat luar. So harini Arib berkesempatan berbuka dengan diorang. Penat tapi best, itulah yang dapat Arib gambarkan suasana jalan-jalan semalam.

Pukul 3 petang, Arib bersama Meor dengan Hisyam tiba dekat stesen Masjid Jamek. Rancang pukul 2.30 petang sampai, tapi Hisyam ada tuisyen petang tu, so semua berkumpul pukul 3 petang. Baru jew nak beredar dari stesen tu, tiba-tiba hujan pulak, aduhh. So nak tak nak, kena redah hujan jugak, huhu.

First place pergi Bazaar Masjid India dulu, sajew jalan-jalan. Suasana kat sana, Masya'Allah, ramainya orang! Nak jalan pun susah! Selalunya kat situ tak la seramai macam Arib pergi semalam. Mungkin ye lah, nak beli persiapan raya la katakan. Hahh, kat Bazaar Masjid India tuu, tetiba terjumpa Aimi dengan Normah, tengah pilih tudung kowt. Haha, tergelak Meor dengan Hisyam. Macam mana lah boleh terjumpa classmate diorang kat situ.

Lepas jalan-jalan kat situ, berjalanlah kitorang ke Sogo pulak. Time perjalanan tuu, kitorang singgah dekat Courts Jalan TAR untuk berteduh dari hujan, serius tengah lebat. Woo, kat Courts tuu boleh katakan semua gadget kitorang test. Apa yang best, dapat jugak test tablet Acer Iconia yang baru tuu. Lawaa kowt. Tambah-tambah lagi guna Android Honeycomb 3.0, memang bertambah berseri lah tablet Acer tuu.

Hujan renyai-renyai, kitorang sambung perjalanan ke Sogo. Sampai kat sana, kitorang pergi Arcade kat tingkat 8 tuu. Fuhh, lama tak pergi sini. Best la jugak sebab dapat main game Daytona yang dah berkurun-kurun abad. Pastu main game test kekuatan tumbuk. Sebelum main, ada lah budak MTD main game tuu. Relax jew dia tumbuk. Markah high score beb. Sampai turn kitorang main, mak aihh, serius sakit tangan, hoho. Before teruskan perjalanan pergi tempat lain, sempat jugak la main game bola meja yang kena pusing-pusing stick tuu. Serius best! HAHA.



Pukul 4 petang macam tu, kitorang meneruskan perjalanan ke Kampung Baru. Masa menuju ke sana, tetiba Nazirul Uzair sampai. Time tu jumpa Uzair dekat area Maju Junction. Alahai Uzair, rindu kowt, haha. Sampai-sampai jew dia terus tanya dia pasal sekolah Putrajaya dia. Macam-macam lah dia cerita. Itu ini, itu ini. Apa-apapun, SBU is still the best la Uzair cakap!

Tak lama macam tu, singgah kejap dekat Mydin Chow Kit. Arib nak cari barang sikit. Lepas cari barang kat Mydin tu, time kitorang nak menuju ke tempat penyimpanan beg, tetiba Hisyam kena tarik dengan sorang akak ni. Apa lagi, kakak tu terus sapu Snow Powder kat tangan dia. Kakak DiGi kat depan Mydin tuu gelak jea gelagat Hisyam time tu. Dah lah kena tarik, pastu kena layan pulak promotion akak tu. Paling tak boleh belah, dia pergi compare tangan yang disapu dengan Snow Powder tu dengan tangan satu lagi. Serius kelakar, HAHA!

Pukul 4.30 petang, sampailah kitorang dekat area kampung baru. Sesampainya kitorang kat situ, jalan-jalan kejap kat Bazaar Ramadhan Kampung Baru. Kitorang carilah lauk-pauk nak dimakan dengan nasi nanti. Masa tu setakat survey harga dulu sebab masing-masing tengok-tengok jew, tak beli pun. Tak lama macam tuu, berkumandanglah azan Asar Masjid Kampung Baru. Kitorang singgah solat di sana dan merehatkan diri setelah meredah hujan dan perjalanan yang agak jauh.




Selepas solat, kitorang berjalan-jalan ke Bazaar Ramadhan Kampung Baru balik. Masa ni barulah kitorang mencari dan membeli lauk-pauk untuk berbuka nanti. Meor dengan Hisyam beli Ikan Pari Bakar. Arib dengan Uzair beli ayam goreng. Entah, tetiba rasa nak makan ayam goreng. Before bertolak menuju ke Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, kitorang beli sedikit kuih-muih untuk hidangan lepas makan nanti.




Lepas beli itu ini, baru jea nak beredar dari bazaar ramadhan tu, tetiba hujan turun balik, huhuu. Cari tempat berteduh kejap pastu lebih kurang 10 minit macam tu, redah jugak hujan tuu.

Pukul 5.30 petang, setelah mengharungi hujan yang agak lebat, kitorang sampai jugak dekat Restoran Nasi Lemak Antarabangsa. Fuhh, nasib baik lah jarak Bazaar Ramadhan Kampung Baru tuu tak jauh dari restoran ni.





Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, hoho, first time Arib datang sini. Before this, pernah dengar jeaa, tak pernah datang dan makan pun. Mesti korang pernah dengar or nampak kan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ni. Kat Wangsa Maju ada satu yang Arib pernah tengok. Kalau korang nak tau, kat Kampung Baru ni lah Restoran Nasi Lemak Antarabangsa yang mula-mula sekali dibuka. Masa Arib datang sini semalam, memang old school Restoran Nasi Lemak Antarabangsa yang original ni. Siap ada board signature VIP yang datang sejak tahun 1996.

Sambil menunggu waktu berbuka, ditemani dengan kesejukan suasana hujan lebat, kitorang sambung balik cerita pasal sekolah Putrajaya Uzair tadi. Best pulak dengar cerita dia, lagi-lagi part sekolah besar dan luas tuu. Kerusi meja ala-ala kolej. Tapi sayangnya, dia cakap sekolah tu tak tau lah dari disiplin tahapnya macam mana. Pelajar boleh bawa handphone, rambut berfesyen, keluar sesuka hati, haishh. Pelik, tapi itulah realiti. Tak taulah, maybe cikgu dah jemu kowt dengan sikap pelajar ni. I think sekolah kat Putrajaya semuanya bagus-bagus belaka. Tapi, inilah dikatakan indah khabar dari rupa, wowowoo~

Pukul 7 malam, kitorang keluarkan lauk-pauk yang dibeli tadi kat atas pinggan. Before beli tengok macam banyak, bila dah diletakkan kat pinggan, sikit jew rupanya.





Pukul 7.29 malam, azan berkumandang menandakan Maghrib dan waktu berbuka telah pun masuk, yayy!



Lepas makan apa semua, pergi Masjid Kampung Baru balik untuk solat Maghrib. Masa nak masuk masjid tuu, tetiba terjumpa Luqman Hakim, Ketua Pengawas SMK Segambut Jaya kat situu. Katanya dia berbuka dengan family dia kat area Kampung Baru ni jugak. Huhuu, serius rinduu :")

Lepas solat Maghrib, around pukul 8.20 malam, kitorang berjalanlah menuju ke stesen Bandaraya untuk pulang. Dalam perjalanan ke sana, kitorang dihidangkan dengan gerai-gerai yang menjual barangan persiapan raya. Macam-macam ada jual kat sana, jam, kasut, baju, hoho.

Before balik, singgah Arcade kat Sogo kejap. Lepas geram kat game Daytona tuu, hee. Pukul 9.20 malam macam tuu, maka beredarlah kitorang menuju ke rumah masing-masing.

Dimulakan dengan Meor yang memang terpisah kat stesen Bandaraya tuu sebab tren ke Sri Petaling sampai dulu. Kemudian, sampailah jugak tren ke arah Ampang. Yeap, Arib, Hisyam dan Uzair balik ikut tren ke arah tuuu. Sampai dekat stesen Maluri, Arib terpisah dengan Uzair yang meneruskan perjalanan ke Pandan Jaya dan Hisyam yang meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ke arah Cheras. Pukul 9.45 malam, akhirnya sampai jugak dekat rumah Arib. Yeahh, sungguh penat dan letihhh, huhuu~

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Trial SPM start next week, yayy! Doakan saya yea :')


Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

Dedi Sumarno said...

Ass Wr Wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU YOSHI yg dari singapur tentan Pesugihan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk menarik dana Hibah Melalui ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti dan mendapat hasil tarikan RM.347.000 Ringgit, kini saya kembali indon membeli rumah dan mobil walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Jika Anda Ingin Di Bantu Ritual Pesugihan Hubungi 0852=8584=7477 Atau [klik] AHLI PESUGIHAN TANPA TUMBAL
KEAMPUHAN RITUAL AKI RUSLAN SALEH
1.Penarikan Dana Hibah Melalui Bank Ghaib
2.Penarikan Uang Melalui Mustika
3.Ritual Angka Tembus Togel/Lotrey
4.Jimat Pelaris Usaha DLL
Dan Masih Banyak Lagi, AKI RUSLAN SALEH Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top