• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: Citrawarna 1Malaysia 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuuhuuu! Hoho, malam tadi Arib berkesempatan untuk menonton persembahan Citrawarna 1Malaysia 2011 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Memang syok! Okay, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Citrawarna 1Malaysia merupakan acara pelancaran tahunan bagi sektor pelancongan di Malaysia. Pelbagai persembahan disajikan pada acara ini untuk mendedahkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing mengenai 'citrawarna' budaya di negara ini. Acara yang disaksikan oleh ribuan pengunjung ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama isteri baginda, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dalam menjayakan acara Citrawarna 1Malaysia 2011.



Cheeseeeeeeee! *sempat lagi nak posing abang ni =="



Okay, pukul 8 malam tadi, Arib berangkat ke Dataran Merdeka bersama Adib Ismail. Huhh, time tuu hujan renyai-renyai jugak. Mama suruh pergi sebab adik perform persembahan Citrawarna kat sana. Around pukul 8.30 pm macam tu, tibalah kat Dataran Merdeka. Masa tu Menteri Pelancongan bagi speech. And then, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengisytiharkan pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2011. Fuhh, memang bagus betul, sampai tepat pada waktunya ;)




Persembahan yang dipersembahkan malam tuu, huhh, terbaik! Walaupun hujan renyai, peserta citrawarna tidak patah semangat dalam menjayakan program malam tu. Rancak dan penuh bertenaga. Sampaikan ada sebilangan peserta tergelincir apabila membuat persembahan. Lari sana lari sini pup terjatuh. Nasib baik ada petugas profesional yang sememangnya bertindak pantas. Ada peserta tergelincir jew, terus angkat. Means kat sini, orang yang perasan jew nampak. Okay, sambung balik. Persembahan yang ada, huhh, pelik-pelik belaka. Tak silap, ada persembahan Taman Bunga, Seni Kotemporari, Makanan Malaysia, dan lain-lain lagi. Apa yang lagi pelik, persembahan Year End Sale (Y.E.S) pun ada, hohoho.


*persembahan taman bunga.


*persembahan seni kotemporari.


*wushu. yeah, yeah, yeahhhh!


*persembahan Year End Sale (Y.E.S).


*mogok nak discount lebehh agaknya =="

Peserta yang terlibat dalam acara Citrawarna 1 Malaysia 2011 ni sebilangan besarnya melibatkan pelajar sekolah. Hurmm, walaupun pelajar sekolah, keseluruhan persembahan mereka amat membanggakan. Bayangkan, training entah berapa hari jew. Kalau Arib lah yang masuk, err, tak kuasa aku. Mana la reti menari-nari ni. So, kepada pelajar-pelahar sekolah yang perform persembahan malam tu, syabas yea kerana anda semua telah membuat persembahan yang amat baik ;)


*brass band yang superbbb best ;) *sekolah mana ntah, lupa.


*kasut murah, kasut murah, mari mari !

*naim sapari a.k.a opel di tengah-tengah :D


*ewahh, ewahh, eh eh ehhh!

Around pukul 10.30 pm, maka beredalah dari situuu. Before balik, singgah lah dekat pasar malam Jalan TAR. Hurmm, masa tu banyak gerai yang nak tutup. Gerai Potato Spring pun dah tutup. Baru ingat nak merasa. Hehe, nasib baik gerai ice blended tak tutup lagi. Then, around pukul 11.00 pm, balik lah melalui stesen Bandaraya kat Sogo tuu. Fuhhh, penaaaaaaaaaaaaaaat!

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam :)

Nota Arib: Next week cuti panjang bermula, yayy!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top