• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Asrama Kompleks Seri Bintang, Kini Berwajah Baru!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello! Yuuhuu! Apa khabar semua pembaca! Hehe, bulan Mei 2011. Ada apa dengan bulan Mei 2011 ni? Hee, rasanya bulan Mei ni bulan busy kowt. Exam diagnostik, nak study itu ini dan hohoho, ada penilaian ASAT 2011, oh yeah! Okay, jom klik 'read more' untuk selanjutnya!


Baru-baru ni, Asrama Kompleks Seri Bintang yang merupakan asrama Arib yang sedang duduk sekarang ni terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT). So, minggu lepas, hampir semua pelajar dan guru-guru dari kedua-dua sekolah sama ada dari SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan bersama-sama berganding bahu ibarat gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam menyiapkan asrama ni. *cehh, terkeluar ayat sastera pulak =.="









Fuhh, sepanjang minggu lepas, memang terasa sangat asrama ni sangat 'sibuk'. Ada yang mengecat, membersihkan kawasan asrama, siapkan file dokumentasi dan banyak lagi. Haha, macam-macam gelagat diorang ni (:







Atas berkat usaha semua warga asrama dan guru-guru sekolah, kat bawah ini antara hasil selepas seminggu bertungku lumus menyiapkan asrama ni.


Dewan makan, hohoho~


Meja makan berinformasi (: *time makan tersedak sebab terbaca fakta pelik =.="


Ruang rehat, woohoo! *terkejut masa balik sekolah haritu, TV dah ditukarkan jadi LCD TV, mak aihh =.="


Still dalam ruang rehat, ini sudut bacaan (:


Kat ruang rehat juga. Ini pulak sudut rehatkan minda (:





Insan yang cemerlang datang daripada Akal Yang Waras, Hati Yang Bersih, Jiwa Yang Tenang~


Papan kenyataan Paras 1 ASPURA ;)


Papan kenyataan aktiviti asrama (:


Ouhhh, bilikkuuuu! *okay fine, takdelahh cantik mana, huhuhu =.="


*ayat merong mahawangsa, hohoho~


Mural semua aliran di Asrama Kompleks Seri Bintang ;) *sudah direnovate balik.

Pada 13 Mei 2011, maka Asrama Kompleks Seri Bintang dinilai oleh pemantau ASAT. Katanya pemantau tersebut dari Sabah dan Sarawak. Dan Alhamdulillah, pemantau tersebut memberi feedback yang positif untuk AKSB ni (: Insya'Allah, kalau berjaya dalam pusingan pertama ni, AKSB akan dibawa lagi untuk ke pusingan kedua pula. Doakan AKSB berjaya ya!

Okay, terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Dah tiga minggu tak balik rumah. Tup tap tup tap, next week dapat balik, yayy! ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top