• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Sistem Operasi Android 2.1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Okeyhh, before this Arib dah cerita sikit dari segi sudut fizikal dan spefikasi Sony Ericsson Xperia X10 Mini. Hehe, comel sungguh! Tapi tak seperti tuannya. Yeap, saya tau saya tak comel, euww =,=" Dah dah, merepek pulak. Okay, kalini Arib nak review sikit dari segi sistem operasi dekat Xperia X10 Mini ni. Off course, Android mari, teehee. Hoho, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Sistem Operasi? Android? Menatang apa pulak tu? Hoho, dalam post sebelum ni, Arib pernah bagitau apa itu Sistem Operasi mahupun Android. Okay Arib ulang lagi. Android ni merupakan salah satu sistem operasi (OS) untuk peranti mudah alih seperti handphone dan komputer tablet. Sistem Operasi? Tak faham. Senang cerita macam ni lah. Komputer menggunakan sistem operasi Windows 7 dan handphone menggunakan sistem operasi Android. Symbian yang banyak digunakan dalam handphone Nokia, iOS yang digunakan pada iPhone, dan BlackBerry OS yang digunakan pada BlackBerry antara sistem operasi handphone selain daripada Android. Handphone yang ada Sistem Operasi ni lebih dikenali sebagai Smartphone atau dalam Bahasa Melayunya telefon pintar sebab kebolehan untuk memasukkan pelbagai jenis software. So kalau suka handphone yang berfungsi sama macam komputer, pilihlah smartphone ;)

Pada post kalini, Arib bukan nak membebel pasal sistem operasi tetapi features dan fungsi yang terdapat pada Android 2.1 Eclair ni. Yeap, Xperia X10 Mini menggunakan Android versi 2.1 Eclair selepas membuat software update. Pada awal pembelian, X10 Mini ni menggunakan Android 1.6. Memang banyak perkara yang Arib tak suka dengan Android 1.6. Contact tak detect selagi tak letak Region Code, tak boleh hantar file guna Bluetooth dan lain-lain lagi. So, Arib update X10 Mini ni ke Android 2.1 Eclair untuk melicinkan penggunaan handphone ni.

1. Homescreen

Satu perkara yang membuatkan Arib memilih handphone Android buatan Sony Ericsson ialah dari segi User Interface. Kalau tengok User Interface dekat mana-mana Sony Ericsson phone, semuanya cantik-cantik belaka. UI dekat homescreen Xperia X10 Mini boleh Arib katakan simple tapi berguna. 4 butang kat penjuru homescreen Xperia X10 Mini ni memudahkan user untuk access shortcut. Cuma apa yang Arib tak beberapa suka, aiyaa, satu widget jew boleh tambah kat satu-satu tertingkap homescreen? Maybe skrin kecil sangat kowt. Tambah banyak kang susah nak tekan, hoho. Selain tu, dengan Android 2.1 ni membolehkan user menggunakan Live Wallpaper sebagai wallpaper. Memang cool, lebih-lebih lagi jadikan Aquarium Live Wallpaper sebagai wallpaper, memang cair!


2. Contact - Diintegrasikan Bersama Facebook

Perkara yang paling Arib suka dengan Android 2.1 Eclair pada Xperia X10 Mini ni ialah fungsi pengintegrasian Facebook pada Contacts. Serius best, setiap contact ada gambar. Gambar-gambar yang ada pada contact semuanya diambil berdasarkan profile picture Facebook. Apa yang diperlukan ialah menggunakan display name Facebook pada contact. Nanti automatik handphone ni akan sync gambar diorang. Cool habis!


3. Penghantaran Data Melalui Bluetooth

Sebelum membuat upgrade ke Android 2.1 Eclair, nak hantar dan receive file menggunakan X10 Mini memang tak boleh, aiyoyo. Kena masuk software baru boleh send, huhu. So lepas upgrade ke Android 2.1 Eclair, yayy! Boleh send file guna Bluetooth! Selain Bluetooth, penghantaran gambar boleh dihantar terus ke Blogger, E-mail, Facebook, Twitter, dan pelbagai servis lagi. Memang mudah! ;D


4. Web Browser

Hurmm, ramai orang kata Web Browser pada Android ni lebih laju daripada iPhone. Yeah, memang laju! Apa yang paling best, Arib dapat rasakan pelayaran web dengan web browser ni sama macam Arib browsing guna Mozilla Firefox atau Chrome kat PC tu. Kelajuan dan load page memang terasa kelajuannya dan aktual macam browsing kat komputer. Cuma problem dalam Android 2.1 Eclair ni ialah kekurangan dari segi Adobe Flash mahupun Silverlight. So tak dapatlah nak ber'Farmville' dalam ni, ouhh! =____="


5. Android Market

Zaman sekarang ni, tak sah kalau takde application sebegini. Tak tau lah, start Apple melancarkan App Store, semua vendor berlumba-lumba nak buat app store jugak, hoho. Okay, kalau Nokia ada Ovi Store, Android ada Android Market. Hee, serius Arib suka dengan Android Market ni sebab banyak application dan games free. Memang best, Angry Birds pun free. Dalam iPhone memang tak dapat kowt Angry Birds free sebab dia tahu orang yang guna iPhone ni Orang Kaya-Kaya (OKK), huhuhu.



Okay, sekian sahaja untuk Review Sony Ericsson Xperia X10 Mini bahagian kedua ni. Next post Arib akan ceritakan pulak mengenai Hot Apps & Features menarik dalam X10 Mini. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

[Updated!] Baca Selanjutnya: Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Expose 3 - Hot Apps & Features

Nota Arib: Dalam bab Multi-Tasking, antara Android dan Symbian, saya lebih sukakan Symbian, hohoho ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

3 Comments:

Anonymous said...

bro lu try online pkai 3g..jgn pkai wireless then pstu ko try bukak application yg ade cth mcm market..sure x bley connect..tp klau pkai wifi,semua boleh plak..3g just boleh pkai utk browser je..any solution?

yoxorote said...

I really enjoyed this post. You write about this topic very well. There are many cherished moments in life, why not wear a beautiful dress! When looking back on special memories of your child wearing a gorgeous dress, it will make a fond memory.

cheap clomid

dubaloop said...

IĆ¢€™ve been into blogging for quite some time and this is definitely a great post.Cheers!

generic paxil

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top