• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Rombongan Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia di Riau, Sumatera Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;)

Whoaa, disebabkan terlampau banyak gambar, Arib sambung post Rombongan Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia di Riau, Sumatera kat post Part 2 ni. Okay, untuk hari keempat sampai keenam ni, aktiviti outdoor lebih banyak berbanding hari pertama hingga hari ketiga. Haha, okay lah, klik je 'read more' tu :D



Hari Keempat. Rabu, 9 Jun 2010.

Okay, hari ni dijadualkan pergi SMA Cendana, Pekanbaru. Before bertolak, semua dah siap-siap dengan pakaian sukan masing-masing sebab kat sekolah tu nanti ada sesi jungle tracking, yayy! Hah, masa dalam perjalanan pergi ke sekolah tu, En. Zainol merangkap pengiring, jurugambar dan suami kepada Pn. Rohana beli lah satu surat khabar ni sebab semalam ada reporter temuramah Pn. Rohana. Jadi, nak tengok juga lah, mana tau ada. Hah, kat Indonesia ni, dalam kenderaan pun boleh beli surat khabar, peniaga always ada kat tepi jalan raya. Apa yang diperlukan, anda perlu membuka tingkap semasa di traffic light dan keluarkan wang rupiah yang mencukupi, whooa. Okay, berbalik cerita tadi, En. Zainol selak lah surat khabar tu. Selak punya selak, tup tup, jumpa juga! Hah, kat bawah ni buktinya :)



Wahh, tak sangka rombongan ni dapat perhatian media. Mana taknya, acara yang berlaku kat SMP Negeri 1 Bangkinang semalam memang susah nak dapat. Nak buat acara macam semalam hanya dapat dibuat jika ada tetamu penting, whoaa.

Pukul 9.46 am, sampailah ahli-ahli rombongan di SMA Cendana, Pekanbaru. Apa yang menarik tentang sekolah ni, SMA Cendana terletak di dalam hutan yang dimiliki oleh sebuah syarikat minyak terkemuka. Perhati saja infrastruktur sekolah ni, memang tidak dapat dinafikan SMA Cendana mempunyai prasarana yang canggih dan dikelola dengan cukup baik sekali. Berbalik kepada ketibaan wakil guru dan pelajar Malaysia di sekolah ini, ahli-ahli rombongan disambut meriah oleh pengetua, guru-guru serta para pelajar SMA Cendana ;)







Sampai sampai kat sana, peserta rombongan di bawa ke bilik mesyuarat untuk mengikuti sesi pengenalan SMA Cendana :)



Jungle Tracking di SMA Cendana, Pekanbaru

Yayy! After sesi pengenalan sekolah, aktiviti diteruskan dengan sesi jungle tracking. Kawasan jungle tracking yang perlu dilalui ialah di dalam hutan sekolah ini dan perjalanan meredah hutan mengambil masa lebih kurang 20 minit :D











Wahh, penat jugak la jungle tracking ni even tak jauh sangat. After sesi jungle tracking habis, peserta rombongan dan para pelajar SMA Cendana yang mengikuti sesi ini dijamu dengan Nasi Padang, whoaa!





Lepas makan, semua ahli rombongan perform solat zohor. And after that, kami dibawa ke bilik muzik sebagai pengisian masa sebelum berangkat pulang. Diberi nama bilik Sanggar Seni Cendana, bilik ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan muzik seperti drum, guitar, keyboard dan lain-lain lagi. Woahh, masuk je bilik tu, jantung berdentum-dentum, sound kuat sangat.





"Laskar...Pelangi..." Ya, ni lah lagu yang buat Arib tak boleh lupa kat sini. Yup yup, I perform the Laskar Pelangi song by Nidji. Walaupun suara macam... tapi still enjoy la dengan suasana dalam bilik tu yang sungguh happening. Hishh, diorang ni dah ajak nyanyi tapi tak nak pula. Kesian tau kat tuan rumah =.=

Before keluar dari bilik tu, ahli rombongan pelajar dikehendaki menyanyi beramai-ramai dengan lagu Kenangan Terindah dari Samsons sebagai tanda perpisahan bersama-sama dengan para pelajar SMA Cendana ;)



Okay, before beredar dari SMA Cendana, sesi fotografi bersama warga SMA Cendana ;)



Shopping di Plaza Sukaramai, Pekanbaru

Yayy! Shopping lagi ;) Haha, kali ni kami di bawa shopping ke mall pula. Hmm, kat sini boleh dikatakan macam kat Jalan Tunku Abdul Rahman juga la sebab kedai kat sini kebanyakannya jual pakaian. Walaupun tak se'grand' dengan pusat membeli-belah kat Malaysia, enjoy juga la masa shopping ni :)





Makan Durian di Sudirman Street

Durian, durian! Wahh, ini kalau omputeh bau ni mesti tak tahan, hoho. Okay, after solat Maghrib, kesemua ahli rombongan di bawa ke bandar Pekanbaru untuk menikmati rasa durian di Riau. Terletak di Jalan Sudirman, gerai durian ni menjadi salah satu daya tarikan di Riau kerana rasa duriannya sungguh enak dan lazat, hoho.









Hari Kelima. Khamis, 10 Jun 2010.

Melawat SMP Negeri 8, Pekanbaru

Whoaa, untuk hari ni, kami dijadualkan untuk melawat ke SMP Negeri 8, Pekanbaru. Untuk makluman, sekolah ni agak terkenal dengan aktiviti kitar semulanya di mana kat sini mengamalkan prinsip '5R' yang memberi makna 'Reduce, Reuse, Recycle, Replant & Respect'. Hah, kalung yang kat bawah ni sebenarnya dibuat daripada beg plastik jew ;)





Sesi Pengenalan SMP Negeri 8, Pekanbaru

Lepas menjenguk semua persekitaran sekolah, kami di bawa ke bilik media untuk mengikuti sesi pengenalan sekolah ;D





Sebagai tanda penghargaan dari pihak SMP Negeri 8, pihak sekolah memberikan cenderamata Lancang Kuning sebagai tanda kenang-kenangan.



Before beredar dari sekolah tu, kami berjumpa dengan pelajar yang pernah mengikuti rombongan pertukaran ke Malaysia ;)





Speedboat ke Siak

Whooa, after sesi pengenalan sekolah tu, kami dibawa ke jeti untuk menaiki speedboat ke Siak. Menurut jadual, kami ke Siak untuk melawat Istana Siak yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Haha, happening habis kat dalam speedboat ni ;)









Tiba di Siak

Setelah 1 jam 45 minit di dalam speedboat, akhirnya kami tiba di Siak, hoho.





Di Istana Siak

Hah, kat Istana Siak ni terdapat pelbagai khazanah yang tersimpan antaranya peralatan dapur seperti pecah belah, pinggan, mangkuk dan lain-lain lagi. Untuk makluman, Istana ni telah wujud pada sekitar 1889. Maknanya usia Istana Siak sekarang ni sudah menjangkau lebih kurang 121 tahun. Whoaa, lama tuu.











Makan Tengahari

Makan time! Hah, kalini kami dihidangkan dengan Nasi Kotak. Bagus betul erk kat sini, tak guna polestrin sebagai bungkusan makanan. Hah, yang peliknya kan, kat dalam Nasi Kotak ni semua kelengkapan untuk makan semua ada. Kat dalam ni lengkap dengan sudu, tisu, obeng & air mineral.







Sekitar Kawasan

Hahh, lepas makan, ambil udara kejap kat sekitar Istana Siak ni :)







Berangkat Pulang ke kediaman

Lepas menunaikan solat Zohor di surau berhampiran around 3.45 pm macam tu, kesemua ahli rombongan berangkat pulang, whoaa.





Hari Keenam. Jumaat, 11 Jun 2010.

Majlis Penutup

Wahh, sekejap je rasa kat sini. Tup tap tup tap dah hari terakhir, ishh, ishh :'( Okay, pagi hari tu ada sesi penutup dekat bilik guru SMAN Plus. Pn. Rohana selaku ketua rombongan memberikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah atas segala usaha yang telah diberikan kepada kesemua ahli rombongan ;)







Majlis Perpisahan

Hampir enam hari kat sini, warga SMAN Plus la yang banyak bermesra dengan kami. Before berangkat menuju ke bandara, semua warga pelajar SMAN Plus beratur dan bersalam-salaman sebagai tanda perpisahan :'(







Berangkat Pulang

Hmm, pukul 3.06 pm, kami tiba di Bandara Sultan Syarif Kasim 2, Pekanbaru. Hmm, sebenarnya berat tau nak tinggalkan Riau ni, huhu. Okay, before pulang, ahli-ahli rombongan berkesempatan untuk bergambar dengan abang supir. Tau tak, abang supir ni lah yang membawa kami pergi ke mana-mana tempat kat Riau ni. Boleh dikatakan semua event dia yang hantarkan, dari mula datang sampailah nak pulang. Thanks ya abang supir! ;)





Kalau mengikut waktu penerbangan yang dijadualkan, kami sepatunya berlepas ke Kuala Lumpur jam 1600 WIB. Tengok jam, dah jam 1600 tapi still takde kapal terbang Air Asia kat terminal tu. Tengok board masa, tup tup kena delay ke jam 1450, hurmm. Maybe sebab cuaca kowt, tapelah kalau macam tu. Haha, masa tengah tunggu tu, ada lah satu anak orang cina ni datang kat group pelajar. Memang best layan budak ni, lincah betul, haha.







Akhirnya Jam 1505 WIB, sampailah kapal terbang Air Asia kat Bandara Sultan Syarif Kasim 2 ni.

Wahh, dalam kapal terbang yang membosankan. Haha, snap picture kejap, whooa. Hah, picture ketiga bawah ni ialah permandangan Putrajaya dari atas, hoho.







Tiba di Malaysia

Jam menunjukkan pukul 7.25 pm, wahh dah nak Maghrib baru lah sampai kat LCCT, KLIA. Welcome back Kuala Lumpur :')





Setiap perpisahan bertemu dengan perpisahan. Lepas proses mendapat kembali bagasi masing-masing selesai, semua para ahli rombongan bersalam-salaman sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing, sob sob :')





ERL KLIA Transit

Okay, disebabkan rumah dekat dengan stesen LRT, jadi Arib memilih KLIA Transit untuk balik ke rumah. Woahh, rasanya ni first time la Arib naik ERL. Haha, Cikgu Shukri dan Cik Linda pun ada bersama :D





Hoho, itulah semua yang Arib lalui masa kat Riau. Konklusinya rombongan pertukaran guru dan pelajar ni memang sangat sangat best. Arib rasa dengan rombongan macam ni membuatkan Arib lebih mengenali dengan lebih dekat sesuatu budaya kat tempat tu. Sebabnya kalau ikut dengan rombongan macam ni, kita dapat mendekati pelajar dan sekaligus kita dapat berkongsi pengalaman di tempat tinggal masing-masing. Hmm, kalau pergi dengan family mungkin tak dapat rasanya nak mengenali budaya kat sini. Kiranya, rombongan ni lebih dikenali sebagai edutorism.

Untuk lokasi rombongan, Riau bukanlah sebuah tempat industri pelancongan kerana di sini lebih bergiat aktif dengan aktiviti perindustrian khususnya minyak. Dari segi daya tarikan, hanya beberapa tempat sahaja yang dimajukan seperti Muzium Melayu dan Istana Siak. Untuk budaya pula, Riau boleh dikatakan sebagai institusi budaya Melayu kerana adat dan budaya itu masih berkekalan di sini. Apa yang telah dikatakan oleh konsul konsulat Malaysia, rata-rata penduduk Riau terdiri daripada 90% penduduk berbangsa Melayu. Apa yang Arib dapat lihat, sistem pendidikan di sini meletakkan budaya sebagai tunggak utama dan memartabatkan budaya ni menjadi satu matapelajaran. Contohnya di SMAN Plus yang merupakan tempat penginapan para ahli rombongan, sekolah ini telah mengukuhkan budaya Melayu dalam pendekatan Visi dan Misi sekolah. Tidak hairanlah Riau digelar 'Bumi Melayu Lancang Kuning'.

Baiklah, itu sahaja yang Arib dapat sampaikan dalam post Rombongan Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia di Riau, Sumatera ini. Terima kasih sebab membaca! Sekian ;)

Editor: Cuti sekolah tinggal seminggu lagi, whoaa =.='



Glosari:
Obeng - Pencungkil gigi
Pecah Belah - Gelas berkaki tinggi
Supir - Pemandu
WIB - Waktu Indonesia Barat
Bandara - Lapangan Terbang
Lancang Kuning - Kapal Layar

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

muszick2020@yahoo.com said...

assalamualaikum,
owh ini lah yang diutarakan dalam facebook.
Laskar pelangi okay i got it.
Wow serius best, aku tak pernah lagi ke sana.
Jika ada apa2 lagi memori untuk dikongsikan, nyatakan eh.

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top