• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Rombongan Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia di Riau, Sumatera Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Pertama sekali Arib nak ucapkan minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat update blog ni. Untuk makluman, seminggu ni Arib berada di Riau, Sumatera atas Rombongan Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia yang bermula pada hari Ahad, 6 Jun 2010 hingga hari Jumaat, 11 Jun 2010. Banyak ilmu dan pengalaman yang Arib dapat sepanjang program yang berlansung selama 6 hari itu. Jadi, post kali ni Arib nak ceritakan sikit tentang aktiviti rombongan pertukaran ini sepanjang di Riau :)



Program Pertukaran Guru dan Pelajar cukup sinonim sebagai langkah untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan di sesebuah institusi pelajaran. Hampir empat kali, Rombongan Guru dan Pelajar dari Indonesia telah berkunjung ke Malaysia untuk mencari pengalaman dan meninjau perlakasanaan sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, SMK Seri Bintang utara telah menganjurkan satu rombongan pertukaran guru dan pelajar sebagai lawatan membalas lawatan mereka ke Malaysia. Sebelum ini, program pertukaran ini telah diadakan di Indonesia yang hanya melibatkan warga universiti yang terdiri daripada golongan siswa dan pensyarah sahaja. Jadi, rombongan ini telah menjadi titik permulaan yang melibatkan warga sekolah untuk menimba segala ilmu dan pengalaman sepanjang berada di negara republik Indonesia.

Riau, Sumatera telah dipilih sebagai lokasi Program Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia buat kali pertama. Program yang berlangsung selama 6 hari 5 malam ini melibatkan 17 ahli rombongan yang terdiri daripada 14 warga SMK Seri Bintang Utara, 1 warga SMK Seri Bintang Selatan dan 2 warga dari SMK Segambut Jaya. Rombongan sekolah yang julung kali diadakan di Indonesia ini diketuai oleh Pn. Rohana binti Yusof selaku guru penolong kanan takbir dan kurikulum SMK Seri Bintang Utara yang juga merangkap wakil pengetua ke Bumi Melayu Lancang Kuning itu.

Hari Pertama. Ahad, 6 Jun 2010.

Pukul 1pm macam tu, semua peserta rombongan dikehendaki berkumpul dekat LCCT, KLIA. Lepas semua dah ada, kesemua peserta rombongan ke kaunter perkhidmatan bagasi untuk menghantar bagasi masing-masing. Bagi bagasi yang terlebih muatan, caj tambahan dikenakan, hoho. Pukul 2PM, peserta rombongan proceed ke waiting area dan mengerjakan solat zohor. Flight perlepasan ke Pekanbaru ni mengambil masa kira-kira 40 minit. Whoa, inilah pengalaman Arib buat kali pertama naik flight ;)









Okay, sudah sampai ke tempat penginapan. Kami semua ditempatkan di Guest House SMA Negeri Plus, Riau. Lokasi penginapan ni kira okay la juga sebab kat dalam kawasan sekolah dan asrama. Maknyanya, boleh lah tinjau keadaan pelajar-pelajar kat sini :)





Hari Kedua. Isnin, 7 Jun 2010.

Perhimpunan Pagi Bersama Pelajar SMA Negeri Plus Propinsi Riau

Sama seperti di Malaysia, kalau setiap pagi Isnin mesti ada perhimpunan rasmi. Apa yang menarik perhatian, perhimpunan rasmi kat sini sungguh berbeza dengan perhimpunan rasmi sekolah di Malaysia. Kalau dilihat, dah macam kem askar pun ada. Mana taknya, semua acara perhimpunan rasmi ada protokol tersendiri. Nak panggil guru bertugas, nak ambil bendera semua guna arahan, whoaa. Ada satu perkara yang Arib perasan kat sini, masa bacaan doa semua tak tadah tangan tapi tunduk kepala. Huh? Rupa-rupanya memang adat budaya kat Riau ni. Hah, tunduk kepala ni macam bertafakur lah, doa terus dari hati, oh. Yup, sepanjang perhimpunan rasmi yang berlangsung selama sejam ni semua dalam keadaan berdiri, whoaa. Ini kalau kat Malaysia, cikgu lambat bagi arahan suruh duduk dah merungut =.='













Melawat Ke Dinas Pendidikan Riau

Sejajar dengan misi bertukar pendapat dan pandangan tentang sistem pendidikan di Indonesia ni, kami berkesempatan untuk melawat ke Dinas Pendidikan Riau yang terletak di tengah-tengah ibu kota Pekanbaru. Kami diundang ke kamar mesyuarat untuk berbincang mengenai sistem pendidikan di sini dan bertukar pendapat tentang sistem pendidikan di Malaysia.







Melawat Ke Konsulat Malaysia

Wahh, bila masuk konsulat malaysia ni, dah rasa macam kat negara sendiri balik. Sebabnya environment kat dalam ni dah macam pejabat kerajaan kat Malaysia. Haha, memang la aiyoo =.=' Okay, kat sini kami berjumpa dengan En. Zamani selaku konsul kedutaan Malaysia kat sini. Setibanya kami di sini, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk berkongsi pengalaman dan mengetahui serba sedikit tentang Riau. Ini antara fact yang kami dapat kat sini:

1. Bangsa Melayu merupakan bangsa yang terbesar di Riau
2. Riau mempunyai bilangan penduduk lebih 5.4 juta orang
3. Disebabkan majoriti penduduk berbangsa Melayu, Konsulat Malaysia merupakan konsulat yang teraman di Indonesia.

Selain itu, En. Zamani juga memberitahu kepada kami bahawa jika ada lawatan ke luar negara mestilah diberitahu kepada wakil kedutaan Malaysia di negara berkenaan. Ini dapat mengelakan timbul sebarang masalah besar jika ada sesuatu yang terjadi kepada warga Malaysia itu sendiri.





Selepas sesi pengenalan konsulat Malaysia habis, kami dibawa untuk menikmati makanan tengahari, hoho. Hahh, disebabkan kat sini dah macam dalam Malaysia, makanan yang dihidangkan pun seperti apa yang terdapat di Malaysia. Hoho, ayam masak merah ;)





Setelah selesai menikmati hidangan tengahari, kami dibawa pula ke satu ruangan di tingkat bawah. Hah, kat sini terdapat banyak gambar tentang aktiviti dan barangan Malaysia yang boleh didapati di Riau. Di sini juga, En. Zamani menerangkan dengan lebih sedikit tentang latar belakang Riau.









Shopping di Pasar Bawah, Pekanbaru

Yayy, shopping! Hah, kalini kami di bawah untuk membeli-belah di Pasar Bawah, Pekanbaru. Hmm, lihat dari segi gaya Pasar Bawah ni, ternyata Pasar Bawah tidak jauh beza dengan Pasar Payang yang terdapat di Terengganu. Barangan yang dijual pun sama seperti apa yang ada di Pasar Payang. Kain, T-Shirt, kasut dan lain-lain antara barang yang boleh didapati di sini. Sama seperti Pasar Payang juga, di tingkat bawah sekali terdapat penjualan makanan kering.





Hmm, malang sekali cenderamata agak sukar nak didapati kat sini. Kalau ada pun, tak banyak pilihan. Apa yang Arib boleh katakan tentang Pasar Bawah ialah harga barangan kat sini tidak jauh beza dengan harga barangan di Malaysia malah ada sesetengah barangan jauh lebih mahal daripada harga di Malaysia.

Keadaan Malam di SMA Negeri Plus Propinsi Riau

Lepas menunaikan solat Isyak di masjid sekolah, kami meninjau bagaimana keadaan malam di sini. Pada hari tu, kesemua student sedang menjalani ujian muzik. Kesemua pelajar perlu menyanyikan nod muzik yang telah dihafal di hadapan guru muzik sekolah tu. Yup, kat sini muzik menjadi salah satu pelajaran wajib.





Hari Ketiga. Selasa, 8 Jun 2010.

Sesi Menempatkan Pelajar di SMA Negeri Plus Propinsi Riau

Yayy, pergi sekolah! Haha. Okay, untuk hari ni pula, ahli rombongan pelajar akan ditempatkan ke 4 buah kelas terpilih. Antara kelas yang terlibat ialah kelas yang terdiri daripada Tingkatan 5 (kalau kat sini orang panggil Kelas 11). Bagi ahli rombongan guru pula ditempatkan di Kampus MAN 2 Model, Pekanbaru.







Hah, Arib dengan Hafiz dapat Kelas 11-4. Disebabkan waktu pertama kelas tu ialah subjek Olahraga (kat Malaysia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan), terpaksa lah Arib kena bersukan sekali, huhu. Mula-mula tu rasa macam malas juga la sebab kat sekolah sendiri pun Arib la yang paling tak bersukan masa waktu PJK, hurmm. Aiyoo, dah lah pakai baju sekolah pastu nak PJ pulak, haishh. Haha, last last, student lelaki kelas ni bagilah baju sukan. Hah, masa tengah tukar baju sukan tu, sempat lah juga Arib jenguk persekitaran bilik kat dalam asrama. Apa yang best, dalam satu bilik hanya ditempatkan dua orang pelajar dan dilengakapi dengan bilik air. Wahh, dah macam kolej dah, ini baru sekolah biasa. Okay, berbalik kepada cerita tadi, aktiviti olahraga haritu ialah main bola tampar, whoaa. Haha, enjoy betul masa ni even Arib tak reti main bola tampar, huhu. Kalau salah hantar bola, student kelas tak putus-putus memberikan tunjuk ajar kepada Arib, wahh, thanks ya :)





Waktu selepas waktu olahraga kat sekolah ni ialah waktu sejarah. Disebabkan harini cikgu yang tidak dapat hadir kesekolah kerana terlibat dengan aktiviti pendidikan di luar, waktu tu diisi dengan sesi pengenalan diri masing-masing.



Haha, masa ni lah student kelas ni suruh Arib menyanyi, aiyoo. Before nyanyi, Arib minta la diorang pilih lagu yang diorang tau, satu lagu dari Malaysia dan satu dari Indonesia. Haha, last last diorang suruh Arib menyayikan lagu New Boyz - Sejarah Mungkin Berulang dan lagu Indonesia, D'Masiv - Cinta Ini Membunuhku, wowowoo.

Jam menunjukkan jam 1030 WIB. Nampaknya Arib kena meninggalkan kelas ni sebab lepas ni ada aktiviti lain pula, humm. Okay, before meninggalkan student kelas yang best ni, sempatlah juga Arib bergambar dengan diorang, hoho.





Melawat SMP Negeri Bangkinang, Riau

Hahh, sampai sampai jew, para pelajar dan guru sekolah ni dah tunggu untuk menyambut ketibaan kami. Wahh, kalau dilihat dah macam menunggu rombongan kahwin pun ada. Mana taknya, masa kat pintu pagar sekolah, kami perlu berhenti dan melihat persembahan kebudayaan dari pelajar sekolah tu. Tak silap tarian zapin pun ada. Apa yang membuatkan kami terasa meriah kat sini, kami juga disambut dengan acara makan sirih yang telah disempurnakan oleh Pn. Rohana selaku ketua rombongan :)













Makan Beradat Adat Kampar

Selepas habis acara pembukaan, kami dibawa untuk menjamu makanan tengahari. Hah, apa yang membuatkan kami terasa kagum hari ni, kami dihidangan kan dengan hidangan Bajambau yang dimulai dengan acara Basiacuaongatau iaitu satu acara dalam adat Kampar. Senang kata acara ni sama seperti aktiviti berbalas pantun la, hehe.













Selepas makan beradat, para ahli rombongan dibawa ke bilik media untuk mengikuti sesi pengenalan SMP Negeri 1 Bangkinang :)





Sebelum pulang, pihak rombongan dan sekolah SMP Negeri 1 Bangkinang bertukar cenderamata masing-masing sebagai tanda penghargaan.



Before beredar dari sekolah tu, macam biasa lah, mesti ada sesi fotografi :D








Klik sini untuk meneruskan pembacaan Rombongan Pertukaran Guru dan Pelajar Malaysia-Indonesia di Riau Bahagian 2!


Glosari:
SMA: Sekolah Menengah Atas
SMP: Sekolah Menengah Pertengahan
WIB: Waktu Indonesia Barat
Dinas: Kementerian
Konsulat: Perwakilan

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

2 Comments:

Nadiyah Sadeli said...

waa, arib sungguh bertuah. :)

hidaya said...

bestnyaa , bertuah oh .

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top