• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: World Milk Day 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Yeehaa! Hah, pagi tadi telah berlangsungnya acara World Milk Day 2010 atau Hari Susu Sedunia di perkarangan Pavillion KL. Hoho, around pukul 9.30 pagi tu, naik bas RapidKL yang menuju ke KLCC and then terus pergi situ. Sampai sampai jew kat situ, terus daftar nama and then dapat satu goodie bag percuma, whoaa :D



Susu merupakan sejenis minuman yang berkahsiat untuk tubuh badan manusia. Tanggal 1 Jun setiap tahun, seluruh pelusuk dunia meraikan Hari Susu Sedunia sebagai tanda pengiktirafan kepada susu. Sehubungan dengan itu, sebuah jenama susu terkemuka, Dutch Lady telah menganjurkan acara ini bagi memberi sokongan kepada Hari Susu Sedunia tersebut. Acara ini diadakan untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record dengan rekod bilangan orang teramai yang meminum susu pada masa yang sama. Bilangan angka telah mencatatkan seramai lebih 3200 orang telah menyertai acara ini.





Okay, acara ni kalau dilihat yang ramainya dari badan-badan persatuan. Antaranya Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan lain-lain lagi. Pukul 11 pagi, semua yang menyertai acara ini diminta meminum susu kotak yang telah diberi pada awal acara tadi. Hoho, memang meriah lah masa nak start minum susu tu, semua angkat susu kotak masing-masing. Acara ini diserikan dengan pengacara hebat, Sharizan Borhan ;) Antara personaliti yang turut memeriahkan hari susu sedunia ini ialah Amber Chia dan Sasha Bashir.









Hoho, semua yang mengambil bahagian akan menerima nombor penyertaan, sijil penyertaan, 2 susu kotak Dutch Lady edisi terhad, 1 botol air mineral, 1 voucher McDonalds bernilai RM10 dan T-Shirt World Milk Day ;)



Acara meminum susu teramai ini berakhir kira-kira pukul 11.15 pagi dan disambung semula dengan persembahan oleh artis-artis tempatan seperti Aliff Satar, Dayana Bintang Kecil, Reshmonu dan ramai lagi pada pukul 12 tengah hari. Ouhh, Arib tak terpaksa balik awal disebabkan banyak benda nak kena uruskan kat rumah, whoaa.

Okay, sekian sahaja untuk laporan World Milk Day 2010. Akhir kata, minum lah susu untuk kesihatan dan tubuh badan kuat dan sihat :D Happy World Milk Day!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

7 Comments:

velasrizal said...

ala..tak dpt pegi..jauh la..

Donald Duck Yang Tak Senonoh !

En iLham said...

wah..
seronoknyer dapat minum susu free
bertambah sehat la pasni
hehe

Ery Farieha said...

wahh
ramai gila n cam best gila!

JMR said...

pantas update..mmg best..

Arib said...

velasrizal: hoho, kalau duduk kat KL, transport takde masalah ;)
En iLham: haha, tulang pun bertambah sihat dan kuat ;D
Ery Farieha: yup yup, memang best. rugi tau tak pergi! :D
JMR: hoho, best kan tadi? memang meriah betul :)

itisrajah said...

bestnye.
dapat susu free lagi.
nak jugak.
isk isk isk.

zul said...

susu day?..weekkkk..klau ak minum pagy2 teros muntah.. x tahu ape sal

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top