• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Mama, Guru Baru Di Sekolahku.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Hariku pada hari ini tidak jauh beza dengan hari yang ku lalui sebelum ini. Cuma, semalam aku telah bermimpi yang atukku telah meninggal dunia. Ingin aku menelefon keluargaku untuk mendapatkan kepastian. Ah, mungkin ini hanya satu permainan mimpi sahaja. Bila aku memikirkan kembali, kadang-kadang mimpi ada betulnya. Apakah maksud yang tersirat disebalik mimpiku itu?

Seperti hari-hari sebelumnya, aku akan mengunjungi perpustakaan pada waktu rehat. Sudah menjadi kebiasaanku pada waktu rehat, aku akan mengikat perut untuk tidak ke kantin. Memandangkan hari ini hari Selasa, aku perlu mengulangkaji matapelajaran Fizik di mana waktu ke-sembilan dan ke-sepuluh nanti, aku perlu mengikuti kelas matapelajaran tersebut yang diajar oleh Pn. Preba. Tidak lama kemudian, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Selepas ini dikelasku akan bermulanya waktu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Apa yang pasti, seorang guru baru yang akan mengajar disebabkan jadual telah berubah.

Pukul 12.00 tengah hari, berakhirlah waktu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar oleh seorang guru yang mengambil bidang Pengurusan Teknologi. Pada masa itu, aku bersiap-siap untuk menuju ke makmal Fizik yang terletak di tingkat 2. Setibanya di makmal, ketua kelas memberi ucapan selamat tengah hari dan duduk.

Sesi pembelajaran Fizik pada hari itu seperti biasa. Pn. Preba yang sentiasa menggunakan OHP sebagai medium pembelajaran memulakan pengajarannya. Sedang aku menumpukan kelas itu, tiba-tiba Pn. Preba berhenti dari pengajarannya untuk seketika.

"Hari ni seorang guru baru masuk sekolah ni. Dia kata dia anak kat kelas ni. Kat sini siapa maknya cikgu?"

Fikiranku yang tertumpu kepada matapelajaran Fizik tadi tiba-tiba beralih arah ke soalan cikgu itu. Pada mulanya, aku tidak mengendahkan soalan itu memandangkan ada lagi kawan-kawan sekelasku yang emaknya seorang guru. Ketika itu, kelas terdiam dan cuba melihat antara satu sama lain. Pn. Preba meneruskan percakapannya lagi.

"Cikgu tu akan menjadi PKHEM baru sekolah ni. Dulu dia mengajar kat sekolah kluster, anak dia editor magazine kat sini."

Rakan-rakanku tiba-tiba menyebut namaku. Mereka sudah pasti siapa anak guru itu. Pantang dengar perkataan 'editor', terus sebut nama aku. Perasaanku yang mula-mulanya tenang tiba-tiba berkocak seperti ombak yang bergelora. Setahu aku, mama tidak mahu berpindah ke mana-mana sekarang ini, lagi-lagi sekolah yang mama mengajar sekarang ni dekat dengan rumah. Tidak mungkin mama akan berpindah ke sini kerana kedudukan sekolah ini sangat jauh dengan rumah. Tambahan pula, setiap pagi jalan di Kuala Lumpur ini tahu-tahulah jalannya macam mana, sampai mesti lewat.

Habis sahaja waktu Fizik, aku berjalan menuju ke pejabat sekolah. Aku ingin mendapatkan kepastian adakah guru yang dimaksudkan oleh Pn. Preba itu adalah mama? Kawan-kawanku yang lain mengekoriku yang juga ingin mendapatkan kepastian berita itu.

Aku terpaku melihat sekeping gambar berukururan passport 4R terlekat di papan pejabat. Aku pernah lihat gambar itu, seorang wanita yang bertudung berwarna pink berlatar belakang berwarna biru. Tidak silap, aku pernah menyalin gambar itu ke komputer atas arahan mama. Adakah itu mama? Apakah ini jawapan yang tersirat di sebalik mimpiku semalam? Selepas dilihat berulang kali, aku terkejut bahawa gambar itu memang gambar mama! Ya, maksud mimpiku semalam adalah sebuah kejutan.

Semasa aku keluar dari pejabat, aku tersempak dengan Cikgu Saliana yang merupakan cikgu sejarahku. Cikgu inilah yang banyak tahu tentang maklumat baru sekolah ini walaupun hanya seorang guru baru. Dulu, dialah yang memberitahu bahawa Cikgu Mohammad yang akan menjadi PKHEM yang baru. Selepas di soal siasat, itu hanya rumor dan tempat itu digantikan oleh seorang guru baru iaitu mama.

Semasa kelas sejarah, fikiranku bercelaru memikirkan tentang mama. Aku teringat kembali semasa aku bersama-sama keluargaku makan di sebuah restoran mamak yang terletak di Cheras pada suatu ketika dahulu. Pada masa itu, mama menemaniku bersama-sama adik-adikku makan di restoran itu sementara menunggu ayahku yang sedang berurusan dengan rakannya. Adik-adikku masing-masing berkongsi cerita apa yang dilalui di sekolah. Aku juga tidak terlepas daripada perbincangan itu. Sedang adik-adikku menikmati makanan yang dihidangkan, aku mencelah dengan mengajukan satu soalan yang tidak sepatutnya aku tanya kepada mama.

"Mama, mama tak teringin ke nak jadi pengetua?"

Fikiranku seperti hilang arah apabila mengingati kembali peristiwa itu. Apakah persoalan yang aku ajukan kepada mama itu telah mencabar mama? Setahu aku, untuk menjadi seorang pengetua, seseorang guru itu perlu melalui kehidupan sebagai seorang guru penolong kanan terlebih dahulu.

"Hish, tak nak lah Arib. Kerja pengetua lagi berat!"

Itulah ungkapan yang mama berikan kepadaku. Mama berasa kurang bebanan apabila menjadi seorang guru kanan bidang di SBU berbanding guru biasa yang telah dilalui oleh mama pada masa dahulu. Mama kata, kerja seorang guru memang cukup berat. Mama tidak mahu lagi membebankan dirinya lebih-lebih lagi menjadi seorang guru penolong kanan!

Loceng berdering menandakan waktu sejarah sudah melabuh tirainya. Waktu yang seterusnya pula ialah waktu matapelajaran matematik yang diajar oleh En. Mohamad. Selalunya pada hari Selasa, Cikgu Mohamad jarang masuk ke kelas atas kesibukannya di luar. Tambahan dekat asrama pagi tadi, Cikgu Mohamad perlu menguruskan satu acara iaitu Mesyuarat Pengetua-Pengetua peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di asrama. Disebabkan masa itu merupakan masa yang terakhir pada hari itu, rata-rata kawan-kawan sekelasku yang lain menuju ke dewan makan asrama. Aku pula menuju ke pejabat.

Tiba aku di pejabat sekolah, aku tercari-cari mana orang di pejabat itu. Ketika itu, Cikgu Sharlinie yang di mana merupakan bekas guru kelasku di tingkatan tiga
masuk ke pejabat untuk menghantar satu dokumen yang perlu dihantarnya. Aku sempat bertanya kepada Cikgu Sharlinie.

"Cikgu, cikgu ada nampak tak cikgu yang baru masuk kat sini?"

"Tiada rasanya. Kenapa kamu cari dia?"

"Hmm, saya anak dia."

Pada masa itu, Cikgu Shuhaila yang merupakan guru kelasku dan Cikgu Wan Ros Intan yang juga merupakan bekas guru kelasku di tingkatan satu tiba di pejabat. Cikgu Sharlinie yang kelihatan serius pada mulanya berubah dengan wajah yang ceria. Cikgu Sharlinie menuju ke arah Cikgu Shuhaila dan memaklumkan perkara itu. Cikgu Shuhaila tersenyum melihatku dan memberitahu kepada Cikgu Wan Ros Intan apa sebenarnya yang berlaku. Tiba-tiba, Pn. Che Mah memasuki ruang pejabat dan menanyakan satu soalan kepadaku.

"Eh, awak ke Arib Ismail?"

"Haaaa, a'ah."

************************************************************

Selepas makan, aku naik ke tingkat satu di bangunan blok C asrama. Aku ke situ untuk menggunakan public phone kerana ingin menelefon mama.

"Assalamualaikum maa. Mama, mama kat mana sekarang ni?"

"Mama kat sekolah mama la."

"Sekolah mama tu kat mana?"

"Kat SBU. Banyak kerja kena siapkan."

"Kenapa mama pindah? Kenapa mama tak stay kat SBU?"

"Mama terpaksa ditukarkan. Mama sebenarnya pun tak suka pindah-pindah ni. SBU tu dah elok dah bagi mama. Hah, ayah pun tengah pening. Eh, mana Arib tau ni?

"Cikgu yang bagi tau. Terkejut jugak bila Arib dapat tau yang mama akan jadi cikgu baru kat sekolah ni. Mama, bila mama start mengajar kat sini?"

"Sepatutnya harini. Tapi, kerja banyak kat SBU sekarang ni. Insya'Allah mama masuk hari Khamis minggu depan."

Aku bukannya tidak suka kehadiran mama sebagai guru baru di sekolah ni, cuma aku tidak mahu melihat mama 'tersiksa' untuk ke sekolah ni. Dulu, mama sering menghadapi masalah ke sekolah semasa mama mengajar di SMK Bangsar. Seperti yang aku cakapkan, jarak Sejaya dengan rumahku sangat jauh. Paling cepat pun sampai kira-kira 20 minit, itu pun sekiranya jalan tidak jam. Aku tidak beberapa pasti berapa lama masa yang perlu diambil untuk tiba ke Sejaya jika jalan jam. Barangkali mungkin lebih 40 minit!

Sehingga kini, aku masih tidak melihat kelibat mama di sekolah sebagai seorang guru penolong kanan. Mungkin mama masih sibuk menyelesaikan tugas-tugas yang terakhir sebagai seorang guru di SBU. Aku tahu mama mungkin tidak dapat menahan perasaan untuk meninggalkan SBU. Mana tidaknya, SBU dekat dengan rumah lagi-lagi SBU merupakan sekolah kluster, khabarnya pelajar-pelajar SBU pandai-pandai belaka! Aku sering ke sekolah itu apabila mama meminta pertolonganku untuk menyiapkan kerjanya. Bagiku, perpindahan mama ini telah menyebabkan aku semakin jauh dengan SBU.

SBU = SMK Seri Bintang Utara
Sejaya = SMK Segambut Jaya

p/s: Maaf, post ini akan diupdate lagi. Mungkin terdapat kesalahan tatabahasa dan ejaan.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

6 Comments:

Adam bin Ahmad said...

arib, positive positive. rilek ler.

ABOT said...

ni maksud ape?? Mak arib masuk skola ape nii??

Arib said...

Adam: Hmm bro, rasa lebih baik kalau mak saya stay kat SBU tu, dekat dengan rumah =.="
Abot: Hmm, hari Khamis nanti, Abot akan tau mak Arib masuk sekolah mana :(

zul said...

wah2..bagus la arib mak ko jadi pKHEM kat sekola ko..seronok~
mesti kwn2 gan cikgu ko bodek ko punya! x percaya? tunggu&lihat la

Arib said...

zul: best memang best, tapi aku lagi suka kalau mak aku mengajar kat SBU. SBU sekolah bestari dan yang paling penting dekat dengan rumah :)

Anonymous said...

seronok la arib..ade back up sekolah

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top