• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Personal: Welcome, PC.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.



Hmm, hari ni sepatutnya Arib kena ikut family pergi ke Kuantan, sebab ada kenduri kahwin. Kenduri kahwin? Aiyoo, kalau majlis yang melibatkan orang ramai, memang Arib segan nak pergi melainkan Arib ditemani dengan rakan sebaya. Jadi, Arib decided nak tinggal kat rumah jew kot. Dalam masa yang sama, Adib pun decided tak pergi jugak.

Oh yea, memandangkan esok tahun baru cina, Arib bercadang nak pergi ke Pertama Complex & Low Yat Plaza. Manalah tau ada sale kowt. Okay, disebabkan tak bersarapan dari pagi tadi, kitorang memulakan perjalanan ke Sogo dulu. Sampai kat sana, terus pergi ke McDonald's, makan and then solat Zohor. After that, kitorang pergi ke Pertama Complex.

Pertama Complex. Apa yang Arib dapati kat situ, ada kedai dah pun tutup disebabkan raya cina. Okay, kalau dari segi penjualan handphone kat situ, promotion yang Arib dapat lihat macam biasa jugak. Kebanyakan harga handphone still maintain. Masa jalan-jalan cuci mata tengok handphone-handphone kat situ, Arib terpikat dengan satu handphone ni, Sony Ericsson W205i. Comel jew handphone tu, harga pun boleh tahan, RM255 :) Tak lama macam tu, kitorang beralih arah ke Plaza Low Yat pulak.

Plaza Low Yat. Keadaan kat situ hampir sama seperti Pertama Complex tadi, ada kedai yang dah tutup. Hmm, target kalini, Arib nak kan sebuah PC baru, yup yup. Sebenarnya Arib jealous tengok PC kat sekolah Arib tu sebab semua komputer kat dalam makmal bestari dah pun tukar dengan PC baru, dual-core CPU pulak tuh. Lagipun, memang hasrat Arib untuk menggantikan PC Pentium 4 kat rumah Arib ni dengan PC yang lagi moden. Okay, macam biasa, Arib akan pusing-pusing dalam plaza ni sampai la Arib puas :D

Perhentian pertama, Arib berhenti kat satu kedai ni, lalu Arib ambik pricelist kedai tu. Time tu ingat nak buat PC baru, beli komponen itu ini and then pasang sendiri. Kira punya kira, tak cukup bajet, huh.

Okay, jalan lagi. Kalini kitorang singgah kat IT Hypermarket. Kat sini Arib beli PC Remote Control, kegunaannya untuk mengawal PC dengan menggunakan Remote Control. Senang sikit Arib nak kawal Windows Media Center lepas ni ;)







And lepas tu, Arib singgah satu kedai ni, sebuah kedai komputer second hand. Ingat saje-saje jew nak masuk kat kedai tu, last-last tokey pakistan kat kedai tu offer kat Arib PC itu ini. Masa tu Arib cakap kat dia yang Arib nak cari PC yang ada dual-core CPU, tak kisah la Pentium Dual-Core ke, Core Duo ke, AMD Athlon X2 ke, janji harga dalam RM400-RM500. Kalau Core 2 Duo, minta maaf jew la, memang payah nak dapat dengan budget macam tu. Pastu, dia offer la satu PC ni kat Arib, PC Acer dengan Pentium Dual-Core. Mula-mula Arib tolak dulu sebab tak terniat pun nak beli PC second hand. Hmm, kalau Arib up kan budget sikit lagi, dah dapat buat satu set PC baru AMD Athlon X2/Pentium Dual Core. Tapi masalahnya, boleh ke Arib kumpul duit lagi? Huh, dah tak tahan da ikat perut kat sekolah. Jadi, Arib sambung balik pusing-pusing satu lowyat dulu.

Masa tu, kepala Arib tak habis-habis fikir tentang PC Acer tu. Condition okay, dual-core CPU, branded pulak tu. Apa lagi, kitorang pun survey la harga PC second hand kat Plaza tu. Boleh dikatakan, majoriti PC second hand yang dijual kat Plaza Low Yatt tu kebanyakannya PC Pentium 4, harga pun still mahal, ada yang RM500, RM600. Dalam perjalanan tu, Arib terjumpa Aimran, classmate Arib. Dia datang kat situ sebab nak cari laptop baru, wah bestnya :)

Tup tup, habis la satu Low Yatt tu kitorang pusing. Okay, keputusan Arib pasal PC Acer tu, muktamad, Arib jadi beli. Kitorang pergi balik kat kedai tadi, buat apa-apa yang patut, testing itu ini, dan tadaa! finally it's belong to me :) Disebabkan tangan Adib baru kena BCG tempoh hari, terpaksalah Arib kena angkat PC ni =.=



Haha, tahu tak, masa Arib bawak PC ni dalam perjalan nak balik ke rumah, ada orang tegur Arib, "Dik, PC adik rosak ke? Nak jual?". Yang tak boleh tahan, ada orang tegur Arib macam ni, "Ko cilok ehh?". Haha, mane la ada budak yang bawak PC ke hulu ke hilir dekat KL macam ni, selalunya orang besar jew yang bawak. Adoi, penat jugak bawak PC ni, dah lah Low Yat dengan stesen LRT Hang Tuah tu jauh, lenguh dibuatnya. Pukul 5 petang macam tu, sampai lah Arib dekat rumah ;)

Sampai-sampai jew kat rumah, Arib terus format PC ni and then install Windows 7. Overall, performance PC ni memang puas hati walaupun processor hanya Intel Pentium Dual-Core. Untuk pengetahuan, PC ni merupakan PC Desktop dual-core CPU pertama yang pernah Arib miliki. Untuk PC Remote Control, benda ni memang berbaloi la, sesuai untuk PC Multimedia. Untuk perancangan yang akan datang, kalau ada budget lebih, Arib nak upgrade PC ni dengan graphic card, boleh la luangkan masa dengan game racing lepas ni, weng weng ;)

Komen Editor: Gong Xi Fa Cai ! :D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

5 Comments:

x-pro96 said...

Gong Xi Fa Cai, Arib! Congrats 4 ur new PC..

Arib said...

haha, pc second hand jew :D
ehh, congrats dapat mp3 baru ;)

Shah Scandium said...

eharib ko bwk bape ratus g jln? =.=' aku pun igt nak beli pc baru...nak tuka i7.. dah lama pakai pc ni..

Kehidupan said...

Bayaknya duit kau

Arib said...

hohoho, time tu ingat nak buat PC buat baru, tu yg bnyk bawak duit =.="

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top