• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Personal: Happy Schooling :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.

Yeah ! Today is the starting school day for 2010 session !





Haha, hari ni keluarga Arib sendiri agak sibuk jugak la pagi tadi. Arib bangun jew, adik dah nak pergi sekolah, tak silap tadi baru pukul 6.15 am, awal betul. Semangat betul adik Arib ni, yelaa, baru darjah 2, semangat nak pergi ke sekolah tu masih segar lagi. Ni hah, yang dah sekolah menengah ni, ada lagi ke semangat nak pergi sekolah tu? Hohoho, nasib baik lah Arib dapat sekolah yang ada asrama, sekurang-kurangnya semangat tu still ada even dah sekolah menengah ni. Yelaa kan, nak lari mana kalau duduk kat asrama ni, sekolah dah ada depan mata.

Eyy Arib, hari ni tak pergi sekolah ke? Haha, pelajar tingkatan 4 SMK Segambut Jaya kena datang asrama dan daftar hari ni, bermula pukul 10 pagi hingga petang. Tak taulah kenapa pelajar tingkatan 4 ni dilewatkan kehadiran ke asrama, maybe semalam sibuk sangat nak uruskan adik-adik tingkatan 1 kat asrama tu. Jadi untuk pagi ni, Arib sempatlah jugak update blog ni. Haha, apelah, orang kat sekolah tu tengah duduk kat perhimpunan dengar cikgu berucap, Arib kat rumah ni update blog, cehh :P

Hmm, tak de apa-apa yang Arib nak ucapkan, cuma nak bagi peringatan sikit la. Untuk adik-adik tingkatan 1 yang baru melangkah masuk ke alam sekolah menengah tu, Arib kat sini nak berpesan la supaya pandai memilih kawan. Bukannya apa, kalau Arib tengok keadaan senario sekarang ni, dulu masa sekolah rendah bukan main baik lagi, pendiam pulak tu. Start je naik sekolah menengah, semua berubah, lagi-lagi dapat kawan-kawan yang memang suka sosial, huh, elok-elok dari seorang yang baik, pendiam, terus jadi seorang yang selalu masuk bilik disiplin kat sekolah, vandalisme sana, maksiat sana sini, apa nak jadi ni? Yup, memang Arib akui ada kawan sekolah rendah Arib yang dah jadi macam ni. Sebab itu lah kawan ni memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sebagai seorang pelajar ni, dapat yang baik, baiklah ia, dapat yang teruk, teruklah ia.

Haish Arib ni, asyik membebel pagi-pagi orang bersekolah ni, barang-barang asrama tak kemas lagi, aiyoo. Hah, sebelum Arib terlupa, bagi yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM tahun ni, tanamkan azam untuk dapatkan yang terbaik dan cuba berusaha sehabis mungkin, banyakkan mendampingi guru dan apa yang penting, solat lima waktu jangan tinggal serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahan menerima ilmu pelajaran dan dipermudahkan kita menjawab peperiksaan. Okay, itu lah saja pesanan dari Arib ni. Selamat bersekolah yerk :D

Komen Editor: Sekolah dah start, yayy ! :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

3 Comments:

Kay_amx said...

weyh arib n kengkawan.. meh join forum 1994

intro page
http://aerionz.net/v1/94-studio

Arib said...

Ehh , kat sini pun nak promote forum ke ? =.=

Kay_amx said...

mesti la.. forum 1994 jugak.. bukan promote.. ajak join jer..

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top