• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Personal: Deco, Deco, Deco !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.



Deco, deco, deco!

Haha, sebenarnya hari ni dari pagi hingga tengah hari tadi, satu family Arib tolong makeover bilik Arib ni. Segalanya bermula time nak pasang Shelf Lack yang Arib beli kat IKEA semalam. Atas inspirasi yang Arib dapat kat IKEA tu, Arib mintak mak tolong buatkan corak bulat-bulat kat dinding agar kelihatan moden sikit. Lepas tu, mak tunjuk ajar kat Arib and adik-adik. Hohoho, barulah Arib tahu macam mana nak buat corak-corak kat dinding ni, apa yang diperlukan hanya cover folio yang jernih tu, sponge, dan cat yang lebih terang dari warna dinding. Buat corak kat cover folio tu, and then potong dengan pisau dan last sekali, guna sponge untuk warnakan. Thanks to Hanis & Afif sebab tolong warnakan corak-corak tu :D



Untuk bilik Arib ni, Arib hanya gunakan time minggu balik sahaja disebabkan Arib tinggal di asrama. Kat sinilah tempat Arib habiskan masa kat rumah dan lepas segala tension yang ada kat asrama tu. Apa yang menarik, bilik ni dilengkapi dengan 3 buah komputer berinternet serta sambungan WiFi untuk kegunaan satu rumah Arib. Untuk PC utama, Arib banyak gunakan PC ni untuk hiburan misalnya dengar lagu, gaming, dan karaoke, haha. Untuk PC yang kedua dan ketiga pula dikhususkan untuk melayari internet dan edit document kerja. Haha, dah macam Cybercafe lah pulak ;D



Hiasan dinding bilik ni dihiasi dengan lukisan mak Arib sendiri dan gambar Arib masa comel-comel dulu :P



Untuk rekaan, Arib memang mengimpikan sebuah bilik yang moden serta mengikut gaya trend terkini sejak dari dulu lagi. Setelah hampir 15 tahun, barulah bilik ni direka semula dengan design idaman Arib. Alhamdulillah, bilik ni sikit demi sedikit digantikan dengan perabot yang baru seperti katil dan dicat semula pada Disember lalu. Dari segi warna, Arib memilih tema berwarna hijau iaitu warna kesukaan Arib sejak masa sekolah rendah lagi. Walaupun tak semua, Arib tetap berpuas hati dengan design terbaru bilik ni.



Seperti yang Arib cakap tadi, Arib gunakan PC utama untuk dengar lagu, gaming dan karaoke ;)







My Favourite Magazine, eRing ;)



Pricelist barang-barang dalam Bilik Arib ;P





Okay, itu jew kowt yang Arib dapat post hari ni :) Wassalam.

Komen Editor: Esok Hari Wilayah ! Dah tua aku ni =.=

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

5 Comments:

Dyja said...

nak item budak comel dgn bantal busuk. total rm228 kan. ada delivery payment ke? takyah laahh, sbb nk hantar kt budak comel gak ;P

Shuu. said...

Nak gambar budak comel tuu :DD

Arib said...

Kalau nak, kena beli ;P

afiqah's said...

banyak nya com.hahah.over kuasa.smart la bilik tp mcm warna bilik kita je..

miss monchi said...

bilik mcm cc ..

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top